CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Rabu, 2009 Julai 08

Alamak! apa dah jadi?

Hmm akhirnya subjek Sains dan Math dikembalikan pada bahasa asal. Aku rasa agak kecewa, apa tidak, anak aku dari awal dah biasa belajar dalam bahasa English dan dia juga sudah mula minat English. Sayang seribu kali sayang akhirnya dihapuskan juga.


Pada aku tak salah kalau Math dan Sains dalam bahasa english, apa salahnya. sekurang2nya anak2 kita sudah mula dapat menguasai bahasa itu, bukanlah bermakna kita nak agungkan bahasa tersebut. Tapi memandangkan sana sini kalau pergi pun kena berbahasa english jugak...


Macam zaman2 dulu, mereka belajar dalam bahasa english, dan hasilnya dah tua2 pun mereka boleh bertutur dalam bahasa english. Aku ni tak berapa pandai sangat, nak jugak tengok anak aku pandai. Tapi...


Tak pelah... mereka kan suka tukar2 kejap itu kejap ini... nak buat amcam mana mereka berkuasa ikut ajelah...

Isnin, 2009 Julai 06

jawab tag... dari DS

1. Nama panggilan saya : Syima, SS, Ayang, ibu dan Kak Itam


2. Saya sedang mendengar : Lagu di blog DS, sambil tu dengar pulak sound TV


3. Kekasih saya sekarang : Siapa lagi kalau bukan suamiku


4. Mungkin saya patut : Belajar menjahit, berniaga dan lain2 (alasan nak duduk rumah ler ni)


5. Saya suka : Menghadap PC sambil berangan


6. Sahabat-sahabat baik saya : Semua sahabat saya... nak senarai ramai banget


7. Saya tak faham : Kenapa zina berleluasa, perang sana sini, rebut kuasa, kutuk mengutuk sesama Islam, bunuh membunuh walaupun kesalahannya kecil saja...


8. Kerjaya saya sekarang : Kerani capuk & novelis


9. Saya baru kehilangan : tak ada apa2 yang hilang...


10. Ramai yang berkata saya : Sombong dan gemuk! huhuhuhu sensitif betul aku


11. Makna nama saya : hahahaha nak tulis ke? malunya... maknanya cahaya sopan santun wah gitu....


13. Bila saya terjaga dari tidur : Pandang wajah anak yang comel itu sedang tidur siapa lagi kalau bukan Faqihah...


14. Saya paling meluat bila : Berpura2 depan kita, suka puji2 orang walhal tak ikhlas dan semua sifat buruk ler


15. Saya rasa haiwan yang paling comel adalah : Kucing


16. Aktiviti / program hari ini : Kerja2 pejabat dan manuskrip yang terbengkalai


17. Malam ini saya akan : Tidur dan berangan untuk cari idea


18. Esok saya akan : PErgi kerja, hantar anak ke sekolah, hantar si kecik ke taska dan buat tugasan harian pejabat ler...


19. Sebelum tidur saya akan : Baca doa tidur, gosok baju dan pastikan kelengkapan anak ke sekolah cukup.


20. Perancangan hujung minggu : Minggu ni bekas staff hydro kawen, pergi ler majlis dia.


21. Saya sedang menanti : Durian runtuh... Durian bergolek... durian lagi durian lagi kekekekekke


22. Saya rasa kesal bila : Asyik nak marah2.. dah ler darah tinggi turun naik kekekekekeke


23. saya sangat berharap : Apa yang aku tulis sampai ke hati pembaca dan novel2 aku mendapat sambutan.


24. Saya rasa saya seorang yang :Baik hati kot wakakakkakka


25. Telefon bimbit saya : alahai nokia pattern lama


26. Saya sedang merindui : kawan2 sekolah dari darjah satu sampai ler tingkatan 5...


27. Umur saya sekarang : 36 tahun 11 bulan 6 hari (tak lama lagi birthday ler)


28. Pengalaman pahit untuk minggu ini : tak de lah pulak... harap2 tak de ler utk minggu2 seterusnya


29. Pengalamn manis untuk minggu ini : Hehehehehe manuskrip telah diterma oleh sebuah syarikat yang tak kurang hebatnya...


30. KAli terakhir tengok wayang : glurp! last tengok masa aku berusia 23 tahun... kira2 dah 14 tahun ler


31. Dalam seminggu saya akan up-date blog sebanyak : sekali kot seminggu kekekekkeke pemalas


32. Dalam dompet saya ada wang sebanyak : mak oiii rahsia ler... kang ada peragut lak...


33. Kali terakhir menonton televisyen : lor baru beberapa jam ni...


34. Channel tv kesukaan anda : huhuhu aku terpaksa mengalah demi anak dan suami ku


35. Orang yan ganda rasa nak tag : Rina, Nana, Apple, Yaty dan Aisyah...

Jumaat, 2009 Julai 03

esok...

Yea... yea.... esok balik kampung!!!!



Tapi sebelah pagi kena pergi sekolah anak sebab ada karnival dan juga sesi bertemu dengan guru2... wah esok siap ler telinga anak aku kena leter... kakak! tunggu!!!!!

Rabu, 2009 Julai 01

Await lagu ni?

Kenapa mesti tak boleh buat?

Masa kakak - umur dia setahun setengah aku dah ajar tak pakai pampers pada hari aku tak berkerja sabtu dan ahad. Cukup aku ajar dia dua tiga kali, kakak sudah pandai pergi ke tandas sendiri... bukan itu saja, dia juga dah boleh buang air besar di tandas! Tak perlu bimbang dan dia tak pernah terlepas di merata2 tempat. Asal nak kencing mesti dia berlari ke bilik air. Cukup 2 tahun, aku dah tak pakaikan dia pampers sepenuhnya... Alhamdulillah. Lagipun dia dah pandai cakap dengan jelas pada umur 2 tahun...

Kini adik pulak - huhuhuhu... kenapa aku gagal? bukan saja umur dia setahun setengah aku gagal ajar macam kakak, malah umur dia 2 tahun jugak aku masih gagal lagi. Bayangkanlah, bila aku tak pakaikan pampers, aku ajar ke tandas. Bila dah sampai tandas bukan dia nak kencing pun... lepas tu aku biarkan lah dia bermain, masa tulah dia nak membuang... huwawawawawa... bila kencing mengalir di kaki dia, pandai pulak tu menjerit kegelianlah konon... adoiii... Adik tak pandai bercakap lagi walaupun umur dia dah 2 tahun. Cakapnya tak berapa jelas sangat walaupun dia faham apa yang kita cakap. Kalau dia cakappun dapat yang ujung2 aje... alahai adik...
Yang aku geram tu, bila aku tak pakaikan pampers siap terguling2 lagi dia nak pakai jugak... apalah nak jadi gan anak aku sorang ni... aku rasa macam aku berat sebelah pulak... kenapa aku tak boleh buat ek???? kenapa kali ini aku tak macam dulu??? alahai...

Dia paling suka cam nak berlengging macam ni, tapi belum pernah lagi aku buat. Ayah dia paling pantang bila anak dia pakai pampers aje... ayah dia cakap macam tak ada ibu pulak... jangan ambik mudah dan jangan malas... hehehehehehe aku pun tak berkenan bila biarkan dia macam ni...


Brand nilah anak aku pakai sekarang. Aku terpaksa cari kat pasaraya yang tengah offer... hisy tempat kencingpun mahal... harap2 dalam masa terdekat ni aku boleh didik adik tak pakai pampers... aku boleh buat!!! Chaiyokkk!!!!

Selasa, 2009 Jun 30

makan dan makan... badan dah macam????


Hari ini, nilah tuan tanahnya... hehehehehehe... dua mak dara sorang anak dara. Dari kiri, Rina, Zety (masih belum berpunya ni) gan Salmiah...
Hidangan hari ni, bubur nasi wehhh... adoii konyang banget walaupun baru semangkuk... ni group last buat... lepas ni nak dietlah, asyik makan aje badan dah sebesar apa dah kekekekekeke...
Apa2 pun TQ utk mereka bertiga... den konyang!!!!

Ahad, 2009 Jun 28

Renungan seketika...

Dari sumber Harian Metro...

Seksa kubur
SAYA pernah mendengar pendapat mengatakan, orang Islam yang meninggal dunia pada Jumaat akan terlepas daripada azab dan seksa kubur walaupun dia pernah membuat dosa ketika hayatnya. Apakah perkara sedemikian betul? Sekiranya benar, adakah nas atau dalil tertentu yang menguatkannya?

KASTURIKota Bharu, Kelantan



Jumaat adalah penghulu segala hari dan mempunyai kebaikannya yang tersendiri. Mereka yang meninggal dunia pada Jumaat akan mendapat kelebihan hari ini. Sabda Rasululah SAW: “Tiadalah seorang Islam yang meninggal dunia di hari atau malam Jumaat melainkan Allah memeliharanya daripada fitnah kubur.” (hadis marfuk riwayat At Tarmizi)


Hadis sekadar menjelaskan kelebihan Jumaat di mana fitnah kubur akan dipelihara. Namun demikian, ia bukan dalil dan tiada nas menyatakan mereka akan terlepas azab kubur.


Manusia akan diazab berdasarkan amalannya dan bukan hari dia meninggal. Jika begitu, semua orang akan minta mati pada Jumaat kerana akan terlepas azab. Manusia pula tidak dapat memilih hari apa dia akan mati, sebaliknya ia ketentuan Allah, tentu tidak adil bagi mereka yang mati pada hari selain Jumaat.


********************


SAYA ingin bertanya mengenai amalan tahlil kepada si mati. Adakah ia wajib, sunat, harus atau haram untuk dilakukan. Misalnya apabila berlaku kematian, keluarga si mati akan memanggil orang kampung datang ke rumah untuk membuat tahlil kepada si mati. Selepas itu orang kampung itu akan dijamu dengan makanan. Majlis tahlil ini dibuat selama tujuh hari berturut-turut, selepas itu dibuat pula untuk 40 hari dari tarikh si mati meninggal dunia. Tidakkah amalan ini menyusahkan keluarga si mati yang terpaksa menyediakan makanan kepada penduduk kampung datang bertahlil? Dan adakah pahala orang yang bertahlil itu sampai kepada si mati?

Musykil,Serdang



Tahlil 40 hari dan 100 hari untuk si mati memang tidak pernah dilakukan di dalam sunnah Nabi Muhammad saw. Memang ada perbezaan pendapat ulama berhubung tahlil, namun majoriti berpendapat amalan ini membolehkan pahala sampai pada si mati.


Amalan tahlil ini dilakukan setengah masyarakat sebagai cara untuk mengumpulkan saudara mara dan orang ramai untuk berdoa dan bersedekah pada si mati. Doa orang yang hidup daripada tahlil insya-Allah sampai pada si mati.


Ini berdasarkan beberapa dalil seperti kita meminta ampun dalam solat jenazah untuk si mati, apa guna meminta ampun jika ia tidak sampai. Bahkan dalam surah al-Hasyr ayat 10 kita dituntut memohon ampun untuk diri dan kawan-kawan yang telah mendahului.


Ini bererti doa itu akan sampai pada si mati. Jamuan makanan jika sampai menyusahkan keluarga si mati ia makruh diadakan. Jika tuan rumah berhajat memberi makanan dengan tujuan sedekah ia tidak salah.


******* saja aje dari tak de n2 kekekekekke....*******

Khamis, 2009 Jun 25

Hari bapa utk setiap hari...


suami yang tersayang...


Obah yang baik hati...

Abah mertua yang selalu buat lawak...

Lelaki2 di atas adalah antara contoh seorang ayah, obah dan abah yang terbaik di dunia ini buat diriku... biarpun semua orang dah sambut hari bapa pada 21hb lepas, tapi bagiku setiap hari adalah hari untuk bapa dan ibu... mereka perlu sentiasa disayangi...
Berbalik pada 3 lelaki yang di atas... mereka sentiasa di hati ini... semakin hari, kasih sayang ini semakin utuh. Aku tak pernah membezakan antara obah aku sendiri dengan abah mertua ku... dua2 aku sayang... mungkin juga latarbelakang kehidupan aku sama dengan kehidupan suamiku, jadi aku tak pernah rasa kekok hidup dalam keluarga mertua.
Hmm... obah aku pulak, seumur hidup aku, aku tak pernah rasa lagi kena rotan dengan dia... kenapa? entahlah, mungkin juga aku bawa tuah pada dirinya kekekekeke acah aje tu... ntah kenapa aku sendiri tidak tahu. Sedangkan abang, kakak, adik perempuan mahupun adik lelaki aku, masing2 pernah merasai peritnya kena rotan! malahan aku masih ingat lagi, masa obah aku merotan kakak aku, kerana kakak aku dituduh mencuri duit. Obah rotan dia dengan menggunakan getah tiup basikal! yang biasa orang ikat barang di belakang basikal. Aku yang tak sampai hati, aku melompat naik kat badan kakak aku. Obah tak jadilah nak merotan lagi. hehehehehehehe...
Abah mertua pulak, selalu tegur aku sebab aku marah cucu dia... wakakakakakka... tapi aku buat dek jek... ampun abah... nanti dia membebel bila cucu dia menangis. Aku faham benar perasaan orang tua. Pada mereka cucu adalah keutamaan mereka kala ini...
Suami aku pulak... sukar untuk aku ceritakan... cukup lah sekadar aku nyatakan terima kasihku pada ALLAH... walaupun dia tak segah lelaki2 yang digambarkan di dalam novel, tapi buat masa ini dia adalah insan terbaik buatku...


KEPADA SEMUA... SEALMAT HARI BAPA... KALIANLAH INSAN2 YANG MENGEMBIRAKAN HATIKU...